KENALI ROHAMA HUMAIRA
Diberi nama Rohama Binti Yaakub oleh Ayahanda dan Bonda Tercinta. Nama Pena Rohama Humaira. Lahir pada 5 Ogos di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Merupakan anak ketiga daripada tiga orang adik beradik. Berasal dari negeri cik siti wan kembang, negeri Kelantan Darul Naim. |
Pernah menjadi pelajar di SMK Tanjong Mas dan SMK Kota Bharu. Kini menuntut di Universiti Putra Malaysia dan mengambil bidang Bahasa Dan Linguistik Melayu. Hobi pada waktu lapang ialah melayari internet, mendengar lagu, menonton cerita. Impian yang selalu diinginkan ialah ingin menjadi seorang GURU yang mampu mendidik anak bangsa. |