AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKUKAN OLEH PENULIS SEWAKTU MENGAMBIL KURSUS BBM3410 (BAHASA DALAM MULTIMEDIA)
VIDEO ONE SHOT
|
Pertama sekali, kami ditugaskan untuk membuat Video One Shot.
Bentuk tugasan yang diberikan adalah secara berkumpulan. Kumpulan terdiri daripada 5 orang dan diberi nama sebagai Aura Canti. Untuk Video One Shot ini, kami perlu menari dan menyanyi (miming lagu). Kumpulan kami memilih lagu Gadis Dan Bunga nyanyian Rahimah Rahim. |
VIDEO SERAM
Tugasan Kedua, kami perlu membuat video seram. Pelakon-pelakon yang dipilih adalah terdiri daripada kumpulan Aura Cantik sendiri.
Video seram adalah video tanpa suara. Kami perlu bijak untuk melakonkan aksi supaya penonton faham akan cerita yang ingin disampaikan. Video seram terdiri daripada dua iaitu cerita pembunuhan dan cerita hantu. Kumpulan kami memilih untuk melakonkan cerita pembunuhan. |
|
VIDEO TANPA WAJAH
|
Video ketiga yang perlu kami lakukan ialah Video Tanpa Wajah. Video ini juga merupakan video tanpa suara.
Kami perlu memilih untuk menggunakan tangan, kaki, beg, duit atau sebarang benda lain tanpa memperlihatkan wajah kepada penonton. Video ini agak sukar untuk dilakonkan kerana ia tidak menunjukkan reaksi atau emosi wajah pelakon untuk membuat penonton faham cerita yang ingin disampaikan. |
KALENDAR 2014
Untuk tugasan yang seterusnya, kami perlu membuat kalendar meja tahun 2014. Kalendar tersebut perlulah disertai dengan muka depan dan 12 bulan mengikut kalendar barat iaitu dari bulan Januari hingga bulan Disember. Setiap kalendar yang dihasilkan perlulah disertai dengan gambar berkenaan penulis dan kata-kata hikmat. |
|
POSTER
|
Selain daripada kalendar, kami juga diwajibkan untuk membuat 3 poster.
Poster yang dihasilkan perlulah disertakan gambar dan kata-kata hikmat. Satu poster perlu dicetak untuk dihantar kepada Pensyarah BBM3410 dan yang selebihnyab akan dihantar melalui CD. |